Tuesday, February 5, 2013

Bila orang kata kimchi sihat

Kelmarin sewaktu sedang tekan2 remote control TV, terhenti sekejap di National Geographic Channel yang sedang menayangkan Korean Food. Waktu itu hanya tinggal beberapa saat nak habis dan yang saya dapat lihat hanyalah sepotong ayat mengatakan Korean Food is the Super Food.

Tiba-tiba teringat, hey saya juga patut masak masakan Korea! Terus esok beli bahan untuk buat kimchi. Saya dapati tidaklah susah, macam buat sambal belacan je tapi kena taruk 7up. (Huh? tapi itulah bahan yang saya google).

Ya saya tahu saya mudah tertipu dengan perkataan seperti Sihat, Cantik dan Kurus..jadi saya google kenapa kimchi sihat. Barulah saya faham kenapa:


  • Kerana bila kita peram kimchi tu lama-lama akan menghasilkan asid yang bagus untuk penghadaman (Apa!?)
  • Tapi banyak2 kimchi juga tidak elok kerana kandungan garam yang tinggi lantas meninggikan risiko mendapat kanser perut (Apa!? *sekali lagi sambil ternganga mulut*)

Kesimpulan, Apa2 pun yang kita ambil hendaklah secara sederhana  walaupun banyak khasiat yang ada..sekian

Sunday, February 3, 2013

Focus apa yang kita ada

Alhamdulillah..mengapa saya perlu bersedih dan terlalu fokus pada apa yang diimpikan?
Lihat sahajalah apa yang telah ada pada diri. Bersyukurlah...
Selalu kita terlupa..