Alhamdulillah saya sekarang sedang hamil minggu ke 23. Sejak hamil, diet dan penjagaan kesihatan perlulah ditingkatkan lagi..
Salah satu caranya ialah dengan monitor kenaikan berat badan. Menurut "missy" di klinik kesihatan 5 bulan pertama hanya boleh naik 0.5 kg/sebulan sahaja manakala bulan seterusnya boleh naik 2kg/sebulan.
Pendapat saya, kiraan kenaikan berat badan ini tidaklah begitu tepat...ianya perlu bergantung pada sebelum pregnant seseorang tu mempunyai berat badan normal, kurang atau obese perlu diambil kira. Ketinggian mengikut ratio berat juga wajar dikira untuk menentukan kenaikan berat itu sihat atau tidak..
Saya sangat berharap agar missy klinik kerajaan tidaklah terlampau "strict" mengikut panduan pertambahan berat badan yang diberikan tu. Namapun panduan kan..kalo ade terkurang terlebih takpela. Kan berat badan tu sekadar indicator je..
Saya sebelum hamil berat 52kg, sekarang dah 5 bulan lebih berat 58kg..adakah tidak sihat? Saya tak pasti..ada orang naik sampai 20 kg bila pregnant, ade yang hanya 10kg..
Tidak perlu stress..yang penting adalah anda perlu sihat!
